Generated image

Sunday, January 23, 2011

Kejatuhan harga Emas : Kerugian ataupun satu peluang Keemasan?

Salam semua.
Ramai yang dah mula goyah hati melihatkan kejatuhan harga emas dalam 2 minggu ni.
Pada pandangan saya, kejatuhan harga ni adalah satu perkara yang normal dan biasa dalam pergerakan harga emas. Terlebih dahulu saya minta maaf kerana saya bukannya seorang ahli ekonomi atau ahli nujum. Kalo ahli nujum pon mungkin nujum pak belalang :).


Okeh mari kita tengok pergerakkan harga emas dari tahun 2005.


Kalo and perhatikan, harga paling rendah adalah pada bulan 1,2 dan harga paling tinggi adalah bulan 11,12 setiap tahun kecuali pada tahun 2008 (Kegawatan Ekonomi Global) dimana hanya pada tahun itu sahaja yang mencatatkan pertumbuhan negatif harga emas.
Kalo diteliti trend pergerakan harga emas setiap tahun, pada awal tahun harga emas adalah terendah, sehingga pertengahan tahun harga emas akan mendatar (kdg2 kayuhan naik perlahan) dan pada penghujung tahun harga emas akan memecut laju.


Ketika post ni ditulis, harga emas 1333USD/Oz berbanding harga tertinggi 2010 1420USD/Oz. Jadi disini anda dihidangkan satu peluang yang boleh saya katakan hanya datang setahun skali untuk anda mengaut keuntungan pada hujung tahun nanti .Dgn kiraan purata 30% kenaikkan dan harga awal tahun sekitar 1300 USD, harga emas boleh mencapai ~1700USD/Oz pada penghujung tahun nanti. Terpulang kpd anda untuk membuat keputusan.


2010 terendah (Feb) ~1050USD/Oz
tertinggi (Mar)~1420USD/Oz

anggaran % perbezaan tingi dan rendah 35.2%

2009
terendah (Jan) ~810USD/Oz
tertinggi (Dec)~1220USD/Oz
anggaran % perbezaan tingi dan rendah 50.6%

2008
terendah (Oct) ~710USD/Oz
tertinggi (Mar)~1010USD/Oz
anggaran % perbezaan tingi dan rendah -29.7%

2007
terendah (Jan) ~610/Oz
tertinggi (Nov)~840/Oz
anggaran % perbezaan tingi dan rendah 37.7%

2006
terendah (Jan) ~525/Oz
tertinggi (May)~725/Oz
anggaran % perbezaan tingi dan rendah 38%

2005
terendah (February) ~410/Oz
tertinggi (December)~540/Oz
anggaran % perbezaan tingi dan rendah 31.7%
*penulis tidak mempunyai sbrg degree dalam ekonomi atau tilik menilik. Pemerhatian dibuat berdasarkan pemahaman dan penilitian data yang ade sahaja.Keputusan untuk melabur ditangan anda*

No comments:

Post a Comment

Daily Silver and Gold Price Forecasts by Franklin Sanders (goldprice.org)